Pages

Friday, December 30, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum salam pembuka bicara kepada hadirin dan hadirat sekalian, munculnya saya di blog saya ini adalah untuk memenuhi ruang entri ini sahaja. Tiada alasan dan munasabab yang lain. Oleh itu, marilah anda semua memperlihatkan pantun daripada saya. Pantun ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang sedang bertungkus lumus ber'study week' :) terutama kepada Cik Husna .


Anak Pak Mat pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli ikan,
Kalau nak belajar jangan tertekan,
Takut nanti jiwa tertekan.


Budak-budak main galah,
Galah terjatuh di atas papan,
Jangan sekali mudah mengalah,
Ingat kejayaan menanti di hadapan.


Pergi ke rumah di Taman Jaya,
Rumah siapa, rumah si Hajar,
Bukan senang nak berjaya,
Hargailah masa untuk belajar.


Carry mark sudah diberi,
Di beri oleh para pensyarah,
Yang kurang memuaskan jangan menyendiri,
Peluang anda masih lagi cerah.


Pantun saya bukanlah bagus sangat,
Hanya sekadar memberi semangat,
Semoga exam anda menjadi hangat,
Doa dan usaha haruslah sepakat.


Sebelum Kila mengarut lagi,
Baik Kila mengundur diri,
Selamat Berjaya sekali lagi,
Dari rakan mu yang rajin sekali.


Sekian, terima kasih :)




Khas buat anda semua :)
Gambatte kudasai !
<3 from Kila Rosli 

Salam, ja mata kimasu 

Monday, December 5, 2011

END OF YEAR !

Assalamualaikum,

December sudah tiba ! Tahap stress bagi mahasiswa & mahasiswi semakin menjadi2 nampaknya. Begitu juga saya. Sudah lama saya mendiamkan diri utk tidak menulis apa2 dlm blog kesayangan ni. Harini terdetik hati nak menulis. Dah nak final ni exam ni macam2 halangan saya dapat. Saya terima dgn sebaiknya, tapi sbg manusia biasa saya terasa bebannya. Saya harap dugaan dan cabaran yg saya terima ni bukan utk melemahkan saya. Tapi lagi menaikkan semangat saya utk terus belajar.

About Family ! Honestly, i really2 love and miss my family so much. Cuti tak panjang, 2 3 hari je dah kena masuk kampus balik. So, saya tak dapat nak balik. Semalam wan masuk wad, sepatutnya lusa baru operation tapi baru je tadi dpt call dr abg, wan cakap esok 7pg dah kena operation. Hati saya rasa berdebar je, nak buat kerja pun tak senang. Saya hanya mampu doakan operation wan saya berjalan dgn lancar & wan cepat2 sembuh. Kawan2 please doakan utk nenek saya jugak ya. Kesian adik, kene bdikari dekat rumah. Takpe, benda tu mendewasakan kau dik ! Jangan merungut yaa. Saya harap adik beradik sy yg lain dapat jaga wan elok2. Saya tak dpt balik, byk kerja kena buat. hmm, saya sangat sayang family saya, kalau saya terpaksa berlapar utk family sy pun sy snggup. So, abang, angah, abgcik & adik, akak harap korang boleh korbankan diri demi family ya. Jangan lupa family dan igtlah wan yg jaga kita lepas arwah mak dah pergi tinggalkan kita.

About Friends ! Tak banyak benda nak cakap, cuma ini shj : Berkawan boleh, tapi tak payah lah kita baik sgt. Last2 kita yg kena pijak balik. Itulah yg sy rasa skrg. So, pandai2lah memilih kawan. Jangan terlalu baik smpai dipergunakan. Macam adik saya cakap "Biarje la kak kalau dia tak nak kawan kau pun" .  OK ! FULLSTOP.

About Campus ! Argghhh ! Campus Life. dulu masa sekolah cikgu selalu cakap, " belajar pandai2 nanti dapat masuk Universiti. Univesiti tu belajar senang je byk relax " Haa. skrg ambik kau. Takde nya benda dalam hidup ni yg senang. Igt masuk U belajar je, pastu exam. HABIS ! mcm2 aktiviti kena buat, dgn KESATRIA nya, KARNIVAL BAHASA, DINNER, ASSIGMENT itu ASSIGNMENT ini. Sampai takda mase utk diri sendri. TEST tak payah cakap lah sikit punya susah nya. Hmm, schedule sgt pack dgn mcm2 agenda. Fuhhh ! Harap2lah SEM ni saya dapat buat betul2.

Conclusion nya, december adalah bulan yg paling pening bagi saya. Byk benda yg berlaku dan akan berlaku. Sebelum sy tiba2 jadi migrain, baik saya stop smpai sini sahaja. Salam, ja mata kimasu. 


Saturday, October 22, 2011

penyakit sickprosign

Assalamualaikum ~ Selamat malam. Konbanwa :l

SICKPROSIGN = SICK + PROBLEM + ASSIGNMENT

Im sick ! Harini kepala tersangat la berat, smpai rasa tak boleh nak bgn. pkul 10.30 pg aku gagah gak nak bgn. sbb aku terigt yg aku ade assignment yg penting nak kena buat. Terus pergi mandi dan mendapati aku selsema harini. Nasiblh tak teruk, cume mungkin panas dalam. Aku taknak demam. Lalu aku makan panadol, oke. dah lega. just kepala berdenyut2. Kesimpulannya, demam aku tak berapa teruk sgt dah. Hopefully akan terus mcm ni or beransur oke.

I have many problem ! benda tak boleh nk lari dr hidup. Masalah ! dalam tengahari aku call adik aku, nak ckp dgn wan. Sgt rindu oke, tgk ni smpai nak demam2. tnye kaba family. Nampaknya tak berapa nak oke. Orait. aku tak nak tipu. aku menangis jugak tadi. 2 3 kali jugak la. takpa, Tuhan nak uji aku, aku kuat ke tak. Lately, aku banyak lagu nasyid. agak membantu jugak la keserabutan kepala aku btukar jadi ketenangan.
one more problem, aku taktau la aku carik problem ke problem carik aku atau ini bukan problem haaa, nampak tu permainan nya. aku pn taktau nak explain macam mana. aku rasa itu masalah line celcom, bukan salah aku. tp aku jugak kena. aku kena la diam je. org ckp kalau nk marah2 tak baek, baek kte diam dr byk bcakap ni. silent is better than talk. celcom kesian kt aku ni, tak pasal2 2 mesej smpai serentak, ape kejadahnye awak ni celcom. laen kali nak upgrade jgn la bg susah saya. kesian saya ni. esok macam mane pula. celcom dah ckp kat aku dr 11pg-8pg line akan masalah. tak pe la Kila, bukan salah pun. Maaf sgt2 dekat awak tu, saya tak sengaja, line yg masalah. Nak marah, marahla.

I must do a lot of assignment !
aku kena siapkan ECO, esok dah nak kena hantar dkt Encik E dah. tapi aku tak paham2 lagi. Macam mane nak buat ni ? Hari Rabu kene submit IT in Bnes pulak, haa. Masih tak sedar dri lagi ni, bru 48 slides aku buat. Ade lagi oke, aku pun tak igt ape ag assgment aku. Sampai terlupa2 ni.

inilah penyakit SICKPROSIGN aku ni :/

Aku taknak dah dpt penyakit ni. Ya Allah, permudahkanlah jalan hamba mu ini menuju kejayaan dunia dan akhirat. Semoga rakan2 seperjuangan dapat menyiapkan semua assignment dgn tenang tanpa sebarang masalah.

Mood today = suam2 sikit la, ade pahit manis
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. please do smile :)
iloveyouu my mom, my family )

Ja mata. Oyasuminasai alllssss ~

Wednesday, October 12, 2011

Q to the U to the I to the Z .


Assalamualaikum readers, Salam 1 Malaysia naa.

Haa, aku kat mana ? Sapa tau ? Hm, kat mana lagi kan. Kat Kedah laaa. Dah sebulan lebih dah aku kt sini naa. Tak tau nak kata macam mana ntah. dah duk lama ni, boleh la jugak aku adapt diri kt sini. Walaupun selalu bau getah, tkpa aku tak kesah dah. Hehe~

Q to the U to the I to the Z = QUIZ . Pada hari ini, aku sudah menduduki QUIZ management ya kawan2. Aku mula2 agak rasa tak boleh bla ble aku dgr budak course lain jwb MGT420 punye QuIz dgn soalan TRUE FALSE. tapi aku nye course kena jawab soalan essay, padahal quiz kot. memang aku tak boleh terima, tp nk buat mcm mana, mungkin lecturer nak bg kami biasa dgn soalan final kot, so, aku think positive jela. Nak dijadikan cerita, aku tak dapat jawab 1 dari 3 soalan. OKE. aku sgt malu dan rasa mcm aku ni taktau pape, sdgkan semua org tgh syokkkk jawab soalan. Aku sedih, tp takpa, buat apa nak igt benda yg lepas. 


Aku rasa kan aku nk start belajar dr skrg la, sbb aku mcm 0 knowledge, takut aku tgk budak2 course aku, dorang semua rajin. tak mcm aku. Hee~ doakan aku berjaya yaa.
Nak tgk tak muka sebahagian dr classmate aku. Sbq sat naa.

OKE. inilah kawan2 BM2291A (BBA Hons. Islamic Banking Part 1) . Semoga mereka semua berjaya utk Part 1 ni yaa.

Readers, ja mata (BYE) :)

Sunday, October 9, 2011

This is KILA now :')

Assalamualaikum to readers yg tampan dan kiut miut :)

Entry ni dibuat pada masa si pemilik blog sedang dlm keadaan tak terkawal (menitiskan air mata). Im now in University.
U life byk bg aku pengajaran even baru sebln lebih brada dkt U ni. Totally sgt byk suka duka buat masa ni. Aku homesick. Rindu dgn Family - Wan yg tersayang, abg, angah, abg cik, adik & kucing2. 

Tekanan belajar sgt2 buat aku susah nak adapt diri ng suasana U. Assignment tggi menggunung. Kuiz, test. KOKO. Tak dpt aku nak bhgi masa. Fikiran dkt rumah, dkt org2 yg tersayang. Tapi masih igt lagi pesan arwah mak suruh aku belajar bsungguh2. Mak nak anak2 dia berjaya macam org lain. Brjaya di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Alhamdulilah PTPTN da keluar. Boleh aku bayar yuran pengajian. Takde beban family aku.

Skrg ni tak tahu kenapa akhir2 ni sgt low confident. Takde siapa nak layan dgn masalah aku agaknya. Aku faham, aku manusia biasa. Takde siapa yg perfect termasuk aku. Aku cepat rasa bersalah even aku takde buat salah. Mungkin aku tak suka nak keruhkan keadaan. Mohon maaf dari SAYA jika ada tersilap kata dgn cara sedar atau tak sedar.

I need you - Wan tersyg, Abg, Angah, Abgcik, Adik. Kalau takde org ni dalam hidup aku, aku tak boleh nak hidup.

Utk kawan2 baru - HousemateB92 , Student Islamic Banking ,Student Japanese Class & Kawan2 di U ni. Terima kasih menjadi kawan aku, expcially Najla,Tinie, Ain, Ija, Atul, Alia , Yana & Wan-chan . (Nanti ada masa aku upload gmbr2 kami dkt blog naa)


Mood : Tak fleksibel, hati berkecamuk.

Ja mata.


Thursday, August 25, 2011

Alhamdulilah ~ :)

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke 25 :) .

Syukur Ya Allah. Sebelum ni aku asyik fikir je macam mana nak solve masalah aku yg aku rasa agak sukar aku nak solve iaitu preparation utk masuk Universiti yg tak lama lagi ni je.

Alhamdulilah, Tuhan permudahkan jalan aku utk melangkah kaki ke U. Ramai jugak org yg tlg aku, baik dr segi tenaga dan dalam kewangan. Aku appreciate sgt. Selama ni aku duk fikir je ape la aku nak buat. Lagi2 bila aku ni damn sgt ter 'klik' tidak time isi borang upu dlm ruangan terima WPP dari PTPTN. Sangat tak patut. Takpela, maybe yg tu aku tak dapat. Tapi ramai lagi org yang support aku. Lots of thanks dekat siapa2 yg dah menolong.

Tadi dapat msg dari Yayasan Amal Wangsa, mereka suruh aku dtg harini utk ambil sumbangan. Alhamdulilah. Surat permohonan utk persediaan U aku di approve kan. Syukur banyak2. :)
*Speechless . Act, tgh tgu lagi satu bantuan persediaan U. Harap2 dapat.

Hmm, aku rasa macam tak berapa sihat. Leher aku sakitlah. Tak boleh nak toleh kanan ohh. Nenek da urutkan, harap sat2 g elok lahh. Rasa mcm nak demam pun ada. Tak boleh tidur jadinya. Now, aku nk p bersahur sat.

Till ends. Love korang semua. *tgh layan lagu raya ni. heee~
Salam~

Wednesday, August 24, 2011

i miss you ~

Assalamualaikum,

Salam ramadhan. Pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke 24. tggl tak kurang seminggu je lagi dah nak raya. Tak lama lagi dah nk jd student balik *sigh. Tak ready lagi la, da lame tak pegang pen & buku. Boleh ke nak belajar ni ? Hm, insyaAllah boleh kot.

Hmm, i miss you mom. Dah lame tak panggil panggilan 'mak' . Since darjah 6 memang dah tak dpt lah nk pgil mcm tu dah. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan beriman. Raya dah nak dekat. Dengar takbir je, takde ape yg dapat buat selain menitiskan air mata. Itu jelah yang setiap kali raya yg akak buat. Akak igt pesan mak sebelum mak dah takde kat dunia ni, mak nak akak belajar rajin2 kan ? Sampai masuk Universiti. Yaa. akak dah dapat pun mak. Akak harap dapat bawak segulung ijazah pulak nanti. InsyaAllah. This for you mak. :( miss you so much mak. Al-Fatihah utk mak.

Abah ! Sound like marah kan ? (sb ade tanda seru kat situ kot) tapi tak pun. Jauh dlm hati akak maafkan abah. Even cakap je akak marah sgt kat abah. Harap abah berubah. Hope u n your family have a good life for this raya. Speechless kalau nak ckp pasal abah. But i miss you abah :(

Cikgu, i miss you all. Thanks for be my teacher. Tanpa cikgu, siapa lah saya ni. Sbelum raya kami nak datang jumpa cikgu. Mesti best lahhh. Rindu nak belajar dgn cikgu2 semua lagi. Nanti dah masuk U, lain pulak jadinya bila lecturer yg ajar. miss you all cikgu :(

Hope 1st syawal takdelah saya nangis2 lagi.nak happy je kalau boleh. Salam ramadhan & Selamat Hari Raya utk raya yg tak berapa lama lagi ni je.
Tak lupa, Selamat Hari Kebangsaan.

Till end. I love you all so much~ Salam~

Saturday, January 8, 2011

Tampilkan Ketrampilan

Assalamualaikum, minggu nie aku ada dengar motivasi pagi dekat TV3. Memang pelik lah pulak kan aku bangun pagi2. Serius aku susah utk bangun pagi walaupun time aku sekolah. Tapi nie masa tak sekolah, duduk menganggur dekat rumah tiba-tiba jadi rajin bangun pagi. Alhamdulillah, bagus sebenarnya macam tu. Nenek aku selalu cakap , "Kalau bangun pagi-pagi luaslah pintu rezeki kita. Jangan tidur sampai tengahari maka buat apa-apa pun tak jalan. " So, i keep it in my mind. Kenalah berubah, dah 2011 dah pun nie. Umur semakin lama semakin meningkat. Kalau tak berubah, kita akan duduk di takuk lama je.

OK. Atas nie hanya mukadimah sahaja. Berbalik kepada motivasi pagi yg aku tgk hari tu menceritakan tentang tajuk "Tampilkan Ketra
mpilan" . Dah aku tgk tu, aku rasa patutlah aku berkongsi dgn org lain tentang topik nie. Ketrampilan diri haruslah ditampilkan dengan imej yang bersesuaian dengan diri setiap individu bagi meningkatkan motivasi diri.


[ By - kensegall ]

Dekat sini, aku ade nak kongsikan sikit antara perbezaan org yg berlagak dan org yg cuba trampilkan diri. Dulu. mind set aku selalu nampak org yg berani bercakap depan ramai audience, selalu expose diri dia dekat public, selalu muka dia je tiap2 hari dekat atas stage, dan selalu je dia bagi hujah dan membuat pertanyaan. Minda aku akan memandang "Oh, ok. Org yg macam ni saje je nk expose diri sebab nak berlagak, perasan bagus, & tunjuk pandai." Masa tu aku taktau la yg aku ni sebenarnya jealous atau aku mmg suka berprasangka buruk dekat org.

Act, org2 yg ada perwatakan yg suke tonjolkan
diri ke arah kebaikan diri sendiri ni ialah seorg yg sangat bagus utk menampilkan ketrampilan diri dia sebagai seorg yg berkeyakinan tinggi. Kita kena pandai judge org, sebenarnya kita tak boleh nk judge org sesuka hati. Kalau org tu berlagak sekali pun, itu sudah menjadi sifat dia dan kita sendiri yang harus hindarkan diri kita dari melakukan perbuatan begitu. Berlagak dalam erti kata lain show off utk membuatkan seseorg yg lain berasa diri seseorg itu megah. Jadi, kalau nak cakap seseorg itu berlagak, kita kenalah tau perbezaan nie. Janganlah sampai berprasangka buruk dekat org lain.

Orang yang selalu memandang kelemahan dan kekurangan sukar utk menampilkan ketrampilan diri mereka. Org seperti ini hanya suka duduk dibelakang berselindung di sebalik rakan2. Kelemahan dan kekurangan seseorg ini menjadi tembok penghalang bagi mereka menampilkan ketrampilan mereka. Mane tak nya, selalu shj merendah
diri, belum buat apa2 sudah menyerah kalah. Macam cikgu aku selalu kata " belum berperang lagi dah mati " . Tak salah utk memandang kelemahan, tapi mesti ada hadnya. Kelemahan yg kita ada, perlulah kita perbaiki utk menjdai lebih baik dan kekuatan yg ada pada kita haruslah kita tonjolkan utk menampilkan ketrampilan diri. Perkara macam nie, selalu berlaku dekat pelajar terutamanya. Setiap org mempunyai kekuatan tersendiri, cuma pembawaan kita sahaja yg menetukan kita ini berkeyakinan atau tidak.

Pemakaian seseorg juga dilihat. Manusia meman
g suka menilai org. Perkara pertama yg semua org nampak ialah dari segi bagaimana seseorg itu menampilkan diri dgn imej yg dibawa oleh mereka. Memag org selalu cakap " Dont judge book by its cover ". Pernyataan ini memang tak dapatlah nak dinafikan, tetapi sbg seseorg manusia, kita mestilah nak melihat perkara yg cantik, yg indah, sedap mata utk memandang. Jadi, jika penampilan yg kita bawa sudah memberikan persepsi negatif kepada seseorg, maka agak sukar diri kita utk diterima oleh semua org. Sebaliknya, jika penampilan yg kita bawa menampakkan kita berkeyakinan tinggi, maka kita tidak takut utk menonjolkan diri.

Bagi menampilkan imej yang elok, seseorg itu tidak s
emestinya memerlukan pakaian yg mahal2. Jika kita pandai menyesuaikan imej dgn diri kita dan tempat mana yg kita pergi itu sudah memadai. Tidak perlu berbelanja banyak utk menampilkan imej yg baik.


gaya muslimah juga boleh menampilkan imej yg menarik :)
[ By - sweethijab ]

Sifat peramah, pandai berbicara dan bersederhana dgn imej membuatkan ramai org akan tertarik dgn aura atau gelombang dalaman diri seseorg itu. Senang cerita, seseorg yg boleh menyesuaikan diri dimana sahaja dia berada, mampu menampilkan ketrampilan diri bagi meningkatkan motivasi dalaman. Sifat yg sangat pemalu akan menjadi obstacle utk kita tampilkan ketrampilan diri kita.

Itu sahaja lah utk entri kali nie. Aku dah rasa macam perunding imej pun ada jugak nie. Sorry ayat aku agak skema diatas nie. Aku kalau nak bagi hujah2 macam ni, aku memang akan tiba2 jadi seseorg yg agak skema atau berwibawa la konon. Haha~ Ini hanya serba sedikit apa yg aku igt dari apa yg aku tgk dekat motivasi pagi tu. Jadi, aku sarankan korang pun tgk lah motivasi pagi juga yea. Tak salah aku Isnin-Khamis, 6.30 pg , di TV3. Kalau takde semangat nak mulakan hari, haruslah korang tgk motivasi pagi tu yea. Ok. Take care ya korang :)

Bye.

Friday, January 7, 2011

Life is simple, it's just not easy.

Assalamualaikum,

Hai3. Long time not write in this lovely blog. I just have a some problem that I'm still cant solve it until now. I was decided to let it fly away from my mind. Life's not always fair. Sometimes you at the top and sometimes you at the bottom. Life is simple but its just not easy. I decided to write entry about life today.

Patience is one action to let you survive in this challenges life. One moment of patience can change your whole life to become more peaceful life. If you be an anger person you are also be a danger person. So, if you decide to be anger you are seems like you lose sixty seconds of happiness. Make it easy, life is to short when you be an anger person more than patience. Happiness is an important thing in our life. Dont let it go from your life.

Smile is also the way you can get a simple life. Smile like nothing to worry. Please do smile more than yesterday and the most smilest one when you look at the mirror. Do not spoilt your day just because of human behave.

Positive thinking is the best way to survive our life. Set your mind all about positive think. Dont spoilt your mind with a negative thinking. It seems like you destroy your own life by yourself.

I think thats all about this entry. Salam. Have an enjoyable life ~

Wednesday, January 5, 2011

Silent or Talkative is much better ?


OR...

Assalamualaikum and very de blind morningg ! :) tettt !~

How are you boys and girls ? I hope u all have an enjoyable life.

Oke. before I go to the 'merapu2' topic. We go straight to the title of dis entry lahh.

Silent or being talkative. Which is much better ?

For me,
talkative is the best thing than being silent without satisfaction.

But my friend said
silent is the best thing than being talkative without anything.

Another opinion ,
it will depend to the situation. how u wanna to solve it,by faced it or leave it :)

For conclusion, I think we must know when we c
an be silent and when we must to be talkative person.

So, what your opinion guyss ? I think all p
eople have a differents perspective.

....

?

Sunday, January 2, 2011

Kemasukan IPTA sesi 2011/2012 pada Bulan September

Assalamualaikum , hai kawan3 :D

Aku just nak bgtahu ape yang aku tahu. Ini pun disebabkan member aku membebel kat FB dia. Dia agak tak puas hati sebab kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 nie bermula pada bulan September bukan bulan Julai macam selalunya. Dia kata apa je yg nak dibuatkan cuti lama gila niee ?? Aku jawab kerja laa. Itu je kot boleh buat dari buang masa mcm aku ni haa. Ok. Aku tak nak buang masa dah. Esok aku carik kerja orait. Doakan
saya dapat kerja ye ? Mood : Semangat nak carik kerja ! :)


..bulan September


Korang mesti pelik kan ? Kenapalah nak tukar2 tarikh intak
e pelajar nie ? Semuanya terjawab dekat BeritaHarian 01/01/11 .

Fokus utama sistem kalendar akademik nie dah bertukar adalah disebabkan nak tingkatkan bidang pendidikan tinggi di negara nie. Bila jadual intake pelajar dah bertukar, so senanglah nanti pelajar asing nak daftar masuk kt IPT sini. Lagipun dulu, dorang dapati yg pelajar asing sukar nak daftar IPT dekat negara kita sebab kalendar akademik negara kita mula lebih awal.

Jadi, pelajar2 lepasan SPM & STPM terutamanya jangan lah bazirkan masa korang macam tu je. Ada masa lagi 9bln berbaki mase korang nak carik duit. Secara tak langsung, korang dah sedia duit lebih awal before nak masuk IPT nanti. Mana tahu mula2 tu banyak barang nak kena beli. Kalau boleh tak pyh lah susahkan parents kan ? betul tak ? jadi, marilah kita berbuat perkara yg berfaedah.

Aku sebenarnya tgh pening nak pilih course apa utk sambung IPT nie. Jadi, baik aku pikir macam mana nk carik kerja esok. Hehe~

Last but not least, Selamat Bersekolah kepada adik2 ku :) (Aku dah tak sekolah dah. Yepee~)

Saturday, January 1, 2011

Lesson 2 : Learn Japanese

Lesson 2 : Expressions [Part 2]

Where ?

doko

Where is it ? / Dimanakah ?
Doko desuka ?

Where is the toilet ? / Di mana tandas ?
Toire wa doko desuka ?

Where is your house ? / Di mana rumah kamu ?
Uchi wa doko desuka ?

Where is your office ? / Di mana pejabat kamu ?
Kaisha wa doko desuka ?

doko = where

What time ?

nanji

What time is it ? / Pukul berapa ?
Nanji desuka ?

What time is it now ? / Sekarang pukul berapa ?
Ima nanji desuka ?

What time do Japanese banks open ? / Pukul berapa bank Jepun buka?
Nihon no ginkoo wa nanji kara desuka ?

what time = nanji

See you, bye / Ja mata
:D