Pages

Friday, December 30, 2011

Pantun For Gege Boy

Salam, Konnichiwa . Harini saya hendak berpantun sahaja rasanya. Pantun ini khas ditujukan utk The Gege Boy aka Sayangg saya. >>> M.M.S.


Jalan-jalan bersama Tini,
Tini berjalan bersama Lulu,
Jangan lupa orang disini,
Haruslah awak ingat selalu.


Berdua memandang bulan yang terang,
Sambil menyaksikan bintang di sana,
Cik abang jangan cuba nak curang,
Nanti cik adik nak letak mana.


Tinggi-tinggi si burung terbang,
Tinggi lagi harapan saya,
Awak disana janganlah bimbang,
Awak masih di hati saya.


Beli kuih di Gerai Ali,
Untuk santapan di masa petang,
Hati saya bimbang sekali,
Risau awak di ambil orang.


Salam dihulur penutup kata,
Untuk cik abang yang saya sayang,
Jangan lupa apa yg saya kata,
Ingatlah orang yang tersayang.


Haha, Sekian, Terimakasih.


# Just for awak :) M.M.S 


Salam.

The Gege Boy :)
#gambar terbaru tuuuu. poyos jess.
(Credit to : Saya (sebab beli baju cntik) )

2 comments:

nurul husna said...

poyos??? hahaha kcian sma dia...=)

rukhi said...

haha. biarlah.
sebab time tu dia taknak tgkp gmbr ng kita langsung.