Pages

Monday, November 5, 2012

I'm Back :)

Assalamualaikum ,

Hai readers. I'm back ! Welcome to the new background :)
Actually, aku tak tahu apa yang aku perlu tulis dekat entry ni. Just want to inform all of you that i always remember this legend blog. Masa yang tidak memberikan aku ruang untuk menulis lagi dekat blog ni. So, bila aku dah ada masa lapang yang sepatutnya digunakan untuk membuat assignment,, aku isikan dengan membuat sedikit renovation dkt blog aku ni. See, aku lebih utamakan blog lama ni dari assignment tu, nampak sgt aku pemalas kan ? hee.

No lah, harini je aku rasa malas sgt nak buat sesuatu yg berfaedah. Bagilah aku peluang sikit nak keluar dari dunia kampus aku, ape salah nya. teettt. 

Bermula saat ini, aku akan pastikan blog aku ni tidak terbiar begitu sahaja, insyaAllah next entry aku akan muatkan dgn pengisian ilmu, pendapat atau sebarang perbincangan. Aku rasa sudah masanya aku berfikiran lebih terbuka dan luas sikit. So, takda lah aku asyik cerita yang bukan-bukan je dekat entry blog aku ni. Wahh, bunyi mcm serius merius je kan ? 
padahal biasa je.

Ok, last but not least. I want to wish all of you wahai SPM-ers , STPM-ers . Wish uolls Best of Luck :D Go go go. U can do it ! 

Salam, ja mata kudasai.

Friday, March 30, 2012

Alhamdulilah~

Assalamualaikum kawan2,
rasanya dah lama sangat2 lah saya tinggalkan blog ni bersarang tau. tiba2 dah rindukan blog ni. Actually saya dah jadi student Sem 2 pada sem ni. As semua org tahu, semakin tnggi lagi kita belajar, maknanya semakin sukarlah nak memahaminya. I try to put much effort in my study but who know that im still lazy mazzy. Hee. Tahap kemalasan saya agak membahayakan, jadi saya perlu berubah secepat mungkin. Alhamdulilah syukur sangat, result 1st sem saya amat memuaskan hati saya. Mungkin belum tiba masa nya utk termasuk dlm Dean List . Insya-Allah sem ini akan saya perjuangkan.

Sebagai pelajar, saya sangat lah mempunyai banyak halangan dan dugaan yg mencabar utk memulakan sem baru ni. Assignment banyak, kuiz test itu perkara biasa utk semua pelajar. But saya jadi luar biasa kerana kena memahami isi2 di dalam jurnal yg saya sendri pun tidak pernah sentuh. Sem ini assignment group meminta saya menggunakan jurnal sebagai refference. Haha. Kenapa tiba2 skema gila entri saya kali ni pun nya adui.

Ok2. taknak type panjang sebenarnya. Saya just nak menyatakan Syukur kepada Allah sebab memberi kesempatan utk saya meneruskan sem 2 dgn jayanya mendapat result yg baik dlm Sem 1. 

Hee. This is my new one photo baru je tadi masa Latihan Dalam Kumpulan Modul 3 . im with Alia my roomate yg baikhati. 




gambar di atas sgt kesengalan. jadi ignore sahaja muka kami ini. just ingin memberitahu bahawa kami penat ber LDK hari ni nya pun :D

****** kbaii salam :)

Wednesday, February 8, 2012

sehari-hari di musim cuti sem

Assalamualaikum kawan-kawan ! :D
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog tersayang aku ni kan. Malam ni rasa nak update pulak pasal diri ni di musim cuti sem ni. Of course, cuti panjang macam ni, aku berada di Kuala Lumpur tanah tumpah darahku. Yg bezanya, selalunya kalau aku ade cuti macam ni, aku penuhkan dgn sesi berkerja part-time. Aku taktau kenapa lately aku sgt lemah dan tak rasa nak kerja part-time,lebih suka duduk dirumah melihat nenek tercinta even aku memang sgt pemalas. Nak kata sangat tu mungkin tak, sebab aku juga ada membantu membuat kerja. Aku teramatlah bosan tahap gaban sebab aku tak buat apa2 aktiviti selain tidur dan tgk tv. Makan sgt jarang aku lakukan. Ha ? Macam pelik kan ? dah la kurus mcm tulang, tp tak reti2 lagi ke nak mkn ? Bukan apa, aku takda mood smpai selera makan aku pun terganggu. serius aku try nak makan tapi mcm tak makan je, kuantiti yg aku amek sgt sikit. Aku sgt rindukan rumah ni sbb dah lama sgt tak balik. Ok. rumah aku tak cantik. tp aku tak kisah, ni tempat aku. Aku seronok dapat kenakan setiap satu siblings aku. Gurau2 dgn wan. Ok itu pun dah tak tergambar yg aku rasa.

Lately, aku sgt sugul, lemah , layu . Banyak sgt berfikir, all about bad thing. Aku pernah impikan yg aku punya cuti sem sgt sweet dan indah. Bukanlah aku ckp ianya tak best, best sebenarnya disamping keluarga. But aku rasa ada sesuatu yg tak kena pada diri aku. My level of confidence, kalau dikira dalam percentage, aku rasa tahap 10% je aku boleh bagi. Aku hanya doakan yg terbaik utk aku, diri aku dan orang yg aku sayang. Aku dekat rumah 50% aku rasa happy, 50% aku rasa sedih. Happy nya aku dikelilingi family yg aku sgt sayang, i met my atok 2kali kat rumah makcik kat subang jaya dan dekat tanah tumpah darahku di san peng. aku sedih tgk atok, nenek aku belah abah tu dah takde tahun lepas, aku sgt kesian tgk atok sorg2. hm, aku tak boleh nak ckp apa dah. ini je yg aku boleh terjemahkan. wan iaitu nenek saya yg menjaga saya dirumah, alhamdulilah dah operate dua2 belah mata. nanti jumpa doc lagi utk bkak jahitan lagi sebelah mata. wan dah nmpk dgn jelas, so, im very very happy. aku jugak jumpa abah, mak tiri aku dan adik2 aku belah mak tiri aku. Ok, dorang sgt nakal dan bijak sekarang. Hopefully, dorang jadi org yg baik2 bukannya seperti aku yg aku anggap aku adalah yg sgt useless. 

sebelum aku rasa mcm nak mengalir air mata buat entah bape kali. baik aku stop disini. last, ilovemymomsomuchh ! :) i hope i ready to think more positive. salam :)





Thursday, January 12, 2012

R (i) N (d) U

Assalamualaikum. Hai semua.


Sekarang ni saya masih lagi dalam final exam, lagi 3 paper lagi perlu diperjuangkan, 2 paper lagi sudah diperjuangkan dgn sebaik mungkin. Alhamdulilah saya boleh jawab. Hanya berdoa utk mendapat result yg terbaik. Dalam bulan final exam ni, macam-macam yg berlegar2 dikotak fikiran saya ni. perasaa RINDU semakin menjadi2 didalam diri saya ini. Dengan itu dan dengan ini, fokus utk saya belajar terjejas sedikit. Alhamdulilah, dapat saya mengatasinya sebaik mungkin. Entry saya pada hari ini bukan lah utk membosankan sesiapa dgn ayat saya yang sebegini. Hanya ingin meluahkan rasa rindu saya kepada orang2 yg tersayangg.


First of all, dalam hati saya asyik teringat2 dekat arwah mak. Why ? haruslah, dialah mak yang melahirkan saya. Saya sangat rindu kepadanya even dia sudah pergi dalam tempoh masa yg agak lama. Sebagai anak, walaupun hanya 12 tahun dapat rasa kasih sayangnya. Pahit manis dgn nya tak kan dapat lupa sampai bila2. teringat mak gerakkan bangun pagi2 pergi sekolah rendah. Kalau tak bangun, mesti kene cubit, smpai sakit2 lah rasanya. Masa mak sakit saya lah yang sgt takut nak tgk, bukan sebab apa, saya tak sanggup tgk mak saya sakit. em, Allah lebih sayangkan mak, mak pergi dulu sebelum tgk anak2 semua membesar. Saya takkan lupa kata2 mak pada saya sampai bila2. I keep it in my mind. Itu pesanan terakhir kepada saya. Semoga Allah cucuri rahmat atas roh arwah mak dan semoga mak ditempatkan dlm golongan yg beriman. Amin.


Wan, akak tau dah wan dah operate dua2 belah mata. Nanti akak balik mesti wan nmpk akak dah kan ? Tak sabar rasanya nak balik rumah. rindu sangat dekat wan. Semoga wan cepat sembuh dari operate tu ya.


Adik2 saya, saya tahu anda semua rindukan saya. Haha. Akak pun rindu korang jugak tapi akak tau mission korg nak membuli akak kan mase akak cuti sem nanti. Aduyaii~ sangat takut ooo dengan pembulian korang semua ni . Abg cik jangan lupa belanja akak ehh. Dah kerja kan? cam biasa kena belanja.


Angah, nanti nak start kerja kan. Rindu kau wehh. Aku nak balik, kau nak kerja pulak. Apa cerita ini ? Tidak mengapa akan ku mintak duit kat kau selalu. HAHA itu pun jika dapat.


Abang, rindu ke ? Bolehlahhh. disebabkan kau paling garang, aku rindu sikit je, HAHA. mesej saya tidak berbalas oleh anda. So, nanti kalau terbaca entry ini. sila balas.
 
Uits, macam byk je yg aku rindu2 ni. Actually, ada byk lagi insan yg aku rindu. tapi penat tgn nak menaip entry panjang2. Esok ada exam Principles of Management. Study tak byk mana, duduk online pulak. Okelahh. Ja mata kimasu. :) <3 Kila Rosli

Friday, December 30, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum salam pembuka bicara kepada hadirin dan hadirat sekalian, munculnya saya di blog saya ini adalah untuk memenuhi ruang entri ini sahaja. Tiada alasan dan munasabab yang lain. Oleh itu, marilah anda semua memperlihatkan pantun daripada saya. Pantun ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang sedang bertungkus lumus ber'study week' :) terutama kepada Cik Husna .


Anak Pak Mat pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli ikan,
Kalau nak belajar jangan tertekan,
Takut nanti jiwa tertekan.


Budak-budak main galah,
Galah terjatuh di atas papan,
Jangan sekali mudah mengalah,
Ingat kejayaan menanti di hadapan.


Pergi ke rumah di Taman Jaya,
Rumah siapa, rumah si Hajar,
Bukan senang nak berjaya,
Hargailah masa untuk belajar.


Carry mark sudah diberi,
Di beri oleh para pensyarah,
Yang kurang memuaskan jangan menyendiri,
Peluang anda masih lagi cerah.


Pantun saya bukanlah bagus sangat,
Hanya sekadar memberi semangat,
Semoga exam anda menjadi hangat,
Doa dan usaha haruslah sepakat.


Sebelum Kila mengarut lagi,
Baik Kila mengundur diri,
Selamat Berjaya sekali lagi,
Dari rakan mu yang rajin sekali.


Sekian, terima kasih :)




Khas buat anda semua :)
Gambatte kudasai !
<3 from Kila Rosli 

Salam, ja mata kimasu 

Monday, December 5, 2011

END OF YEAR !

Assalamualaikum,

December sudah tiba ! Tahap stress bagi mahasiswa & mahasiswi semakin menjadi2 nampaknya. Begitu juga saya. Sudah lama saya mendiamkan diri utk tidak menulis apa2 dlm blog kesayangan ni. Harini terdetik hati nak menulis. Dah nak final ni exam ni macam2 halangan saya dapat. Saya terima dgn sebaiknya, tapi sbg manusia biasa saya terasa bebannya. Saya harap dugaan dan cabaran yg saya terima ni bukan utk melemahkan saya. Tapi lagi menaikkan semangat saya utk terus belajar.

About Family ! Honestly, i really2 love and miss my family so much. Cuti tak panjang, 2 3 hari je dah kena masuk kampus balik. So, saya tak dapat nak balik. Semalam wan masuk wad, sepatutnya lusa baru operation tapi baru je tadi dpt call dr abg, wan cakap esok 7pg dah kena operation. Hati saya rasa berdebar je, nak buat kerja pun tak senang. Saya hanya mampu doakan operation wan saya berjalan dgn lancar & wan cepat2 sembuh. Kawan2 please doakan utk nenek saya jugak ya. Kesian adik, kene bdikari dekat rumah. Takpe, benda tu mendewasakan kau dik ! Jangan merungut yaa. Saya harap adik beradik sy yg lain dapat jaga wan elok2. Saya tak dpt balik, byk kerja kena buat. hmm, saya sangat sayang family saya, kalau saya terpaksa berlapar utk family sy pun sy snggup. So, abang, angah, abgcik & adik, akak harap korang boleh korbankan diri demi family ya. Jangan lupa family dan igtlah wan yg jaga kita lepas arwah mak dah pergi tinggalkan kita.

About Friends ! Tak banyak benda nak cakap, cuma ini shj : Berkawan boleh, tapi tak payah lah kita baik sgt. Last2 kita yg kena pijak balik. Itulah yg sy rasa skrg. So, pandai2lah memilih kawan. Jangan terlalu baik smpai dipergunakan. Macam adik saya cakap "Biarje la kak kalau dia tak nak kawan kau pun" .  OK ! FULLSTOP.

About Campus ! Argghhh ! Campus Life. dulu masa sekolah cikgu selalu cakap, " belajar pandai2 nanti dapat masuk Universiti. Univesiti tu belajar senang je byk relax " Haa. skrg ambik kau. Takde nya benda dalam hidup ni yg senang. Igt masuk U belajar je, pastu exam. HABIS ! mcm2 aktiviti kena buat, dgn KESATRIA nya, KARNIVAL BAHASA, DINNER, ASSIGMENT itu ASSIGNMENT ini. Sampai takda mase utk diri sendri. TEST tak payah cakap lah sikit punya susah nya. Hmm, schedule sgt pack dgn mcm2 agenda. Fuhhh ! Harap2lah SEM ni saya dapat buat betul2.

Conclusion nya, december adalah bulan yg paling pening bagi saya. Byk benda yg berlaku dan akan berlaku. Sebelum sy tiba2 jadi migrain, baik saya stop smpai sini sahaja. Salam, ja mata kimasu. 


Saturday, October 22, 2011

penyakit sickprosign

Assalamualaikum ~ Selamat malam. Konbanwa :l

SICKPROSIGN = SICK + PROBLEM + ASSIGNMENT

Im sick ! Harini kepala tersangat la berat, smpai rasa tak boleh nak bgn. pkul 10.30 pg aku gagah gak nak bgn. sbb aku terigt yg aku ade assignment yg penting nak kena buat. Terus pergi mandi dan mendapati aku selsema harini. Nasiblh tak teruk, cume mungkin panas dalam. Aku taknak demam. Lalu aku makan panadol, oke. dah lega. just kepala berdenyut2. Kesimpulannya, demam aku tak berapa teruk sgt dah. Hopefully akan terus mcm ni or beransur oke.

I have many problem ! benda tak boleh nk lari dr hidup. Masalah ! dalam tengahari aku call adik aku, nak ckp dgn wan. Sgt rindu oke, tgk ni smpai nak demam2. tnye kaba family. Nampaknya tak berapa nak oke. Orait. aku tak nak tipu. aku menangis jugak tadi. 2 3 kali jugak la. takpa, Tuhan nak uji aku, aku kuat ke tak. Lately, aku banyak lagu nasyid. agak membantu jugak la keserabutan kepala aku btukar jadi ketenangan.
one more problem, aku taktau la aku carik problem ke problem carik aku atau ini bukan problem haaa, nampak tu permainan nya. aku pn taktau nak explain macam mana. aku rasa itu masalah line celcom, bukan salah aku. tp aku jugak kena. aku kena la diam je. org ckp kalau nk marah2 tak baek, baek kte diam dr byk bcakap ni. silent is better than talk. celcom kesian kt aku ni, tak pasal2 2 mesej smpai serentak, ape kejadahnye awak ni celcom. laen kali nak upgrade jgn la bg susah saya. kesian saya ni. esok macam mane pula. celcom dah ckp kat aku dr 11pg-8pg line akan masalah. tak pe la Kila, bukan salah pun. Maaf sgt2 dekat awak tu, saya tak sengaja, line yg masalah. Nak marah, marahla.

I must do a lot of assignment !
aku kena siapkan ECO, esok dah nak kena hantar dkt Encik E dah. tapi aku tak paham2 lagi. Macam mane nak buat ni ? Hari Rabu kene submit IT in Bnes pulak, haa. Masih tak sedar dri lagi ni, bru 48 slides aku buat. Ade lagi oke, aku pun tak igt ape ag assgment aku. Sampai terlupa2 ni.

inilah penyakit SICKPROSIGN aku ni :/

Aku taknak dah dpt penyakit ni. Ya Allah, permudahkanlah jalan hamba mu ini menuju kejayaan dunia dan akhirat. Semoga rakan2 seperjuangan dapat menyiapkan semua assignment dgn tenang tanpa sebarang masalah.

Mood today = suam2 sikit la, ade pahit manis
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. please do smile :)
iloveyouu my mom, my family )

Ja mata. Oyasuminasai alllssss ~

Wednesday, October 12, 2011

Q to the U to the I to the Z .


Assalamualaikum readers, Salam 1 Malaysia naa.

Haa, aku kat mana ? Sapa tau ? Hm, kat mana lagi kan. Kat Kedah laaa. Dah sebulan lebih dah aku kt sini naa. Tak tau nak kata macam mana ntah. dah duk lama ni, boleh la jugak aku adapt diri kt sini. Walaupun selalu bau getah, tkpa aku tak kesah dah. Hehe~

Q to the U to the I to the Z = QUIZ . Pada hari ini, aku sudah menduduki QUIZ management ya kawan2. Aku mula2 agak rasa tak boleh bla ble aku dgr budak course lain jwb MGT420 punye QuIz dgn soalan TRUE FALSE. tapi aku nye course kena jawab soalan essay, padahal quiz kot. memang aku tak boleh terima, tp nk buat mcm mana, mungkin lecturer nak bg kami biasa dgn soalan final kot, so, aku think positive jela. Nak dijadikan cerita, aku tak dapat jawab 1 dari 3 soalan. OKE. aku sgt malu dan rasa mcm aku ni taktau pape, sdgkan semua org tgh syokkkk jawab soalan. Aku sedih, tp takpa, buat apa nak igt benda yg lepas. 


Aku rasa kan aku nk start belajar dr skrg la, sbb aku mcm 0 knowledge, takut aku tgk budak2 course aku, dorang semua rajin. tak mcm aku. Hee~ doakan aku berjaya yaa.
Nak tgk tak muka sebahagian dr classmate aku. Sbq sat naa.

OKE. inilah kawan2 BM2291A (BBA Hons. Islamic Banking Part 1) . Semoga mereka semua berjaya utk Part 1 ni yaa.

Readers, ja mata (BYE) :)

Sunday, October 9, 2011

This is KILA now :')

Assalamualaikum to readers yg tampan dan kiut miut :)

Entry ni dibuat pada masa si pemilik blog sedang dlm keadaan tak terkawal (menitiskan air mata). Im now in University.
U life byk bg aku pengajaran even baru sebln lebih brada dkt U ni. Totally sgt byk suka duka buat masa ni. Aku homesick. Rindu dgn Family - Wan yg tersayang, abg, angah, abg cik, adik & kucing2. 

Tekanan belajar sgt2 buat aku susah nak adapt diri ng suasana U. Assignment tggi menggunung. Kuiz, test. KOKO. Tak dpt aku nak bhgi masa. Fikiran dkt rumah, dkt org2 yg tersayang. Tapi masih igt lagi pesan arwah mak suruh aku belajar bsungguh2. Mak nak anak2 dia berjaya macam org lain. Brjaya di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Alhamdulilah PTPTN da keluar. Boleh aku bayar yuran pengajian. Takde beban family aku.

Skrg ni tak tahu kenapa akhir2 ni sgt low confident. Takde siapa nak layan dgn masalah aku agaknya. Aku faham, aku manusia biasa. Takde siapa yg perfect termasuk aku. Aku cepat rasa bersalah even aku takde buat salah. Mungkin aku tak suka nak keruhkan keadaan. Mohon maaf dari SAYA jika ada tersilap kata dgn cara sedar atau tak sedar.

I need you - Wan tersyg, Abg, Angah, Abgcik, Adik. Kalau takde org ni dalam hidup aku, aku tak boleh nak hidup.

Utk kawan2 baru - HousemateB92 , Student Islamic Banking ,Student Japanese Class & Kawan2 di U ni. Terima kasih menjadi kawan aku, expcially Najla,Tinie, Ain, Ija, Atul, Alia , Yana & Wan-chan . (Nanti ada masa aku upload gmbr2 kami dkt blog naa)


Mood : Tak fleksibel, hati berkecamuk.

Ja mata.


Thursday, August 25, 2011

Alhamdulilah ~ :)

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke 25 :) .

Syukur Ya Allah. Sebelum ni aku asyik fikir je macam mana nak solve masalah aku yg aku rasa agak sukar aku nak solve iaitu preparation utk masuk Universiti yg tak lama lagi ni je.

Alhamdulilah, Tuhan permudahkan jalan aku utk melangkah kaki ke U. Ramai jugak org yg tlg aku, baik dr segi tenaga dan dalam kewangan. Aku appreciate sgt. Selama ni aku duk fikir je ape la aku nak buat. Lagi2 bila aku ni damn sgt ter 'klik' tidak time isi borang upu dlm ruangan terima WPP dari PTPTN. Sangat tak patut. Takpela, maybe yg tu aku tak dapat. Tapi ramai lagi org yang support aku. Lots of thanks dekat siapa2 yg dah menolong.

Tadi dapat msg dari Yayasan Amal Wangsa, mereka suruh aku dtg harini utk ambil sumbangan. Alhamdulilah. Surat permohonan utk persediaan U aku di approve kan. Syukur banyak2. :)
*Speechless . Act, tgh tgu lagi satu bantuan persediaan U. Harap2 dapat.

Hmm, aku rasa macam tak berapa sihat. Leher aku sakitlah. Tak boleh nak toleh kanan ohh. Nenek da urutkan, harap sat2 g elok lahh. Rasa mcm nak demam pun ada. Tak boleh tidur jadinya. Now, aku nk p bersahur sat.

Till ends. Love korang semua. *tgh layan lagu raya ni. heee~
Salam~

Wednesday, August 24, 2011

i miss you ~

Assalamualaikum,

Salam ramadhan. Pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke 24. tggl tak kurang seminggu je lagi dah nak raya. Tak lama lagi dah nk jd student balik *sigh. Tak ready lagi la, da lame tak pegang pen & buku. Boleh ke nak belajar ni ? Hm, insyaAllah boleh kot.

Hmm, i miss you mom. Dah lame tak panggil panggilan 'mak' . Since darjah 6 memang dah tak dpt lah nk pgil mcm tu dah. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan beriman. Raya dah nak dekat. Dengar takbir je, takde ape yg dapat buat selain menitiskan air mata. Itu jelah yang setiap kali raya yg akak buat. Akak igt pesan mak sebelum mak dah takde kat dunia ni, mak nak akak belajar rajin2 kan ? Sampai masuk Universiti. Yaa. akak dah dapat pun mak. Akak harap dapat bawak segulung ijazah pulak nanti. InsyaAllah. This for you mak. :( miss you so much mak. Al-Fatihah utk mak.

Abah ! Sound like marah kan ? (sb ade tanda seru kat situ kot) tapi tak pun. Jauh dlm hati akak maafkan abah. Even cakap je akak marah sgt kat abah. Harap abah berubah. Hope u n your family have a good life for this raya. Speechless kalau nak ckp pasal abah. But i miss you abah :(

Cikgu, i miss you all. Thanks for be my teacher. Tanpa cikgu, siapa lah saya ni. Sbelum raya kami nak datang jumpa cikgu. Mesti best lahhh. Rindu nak belajar dgn cikgu2 semua lagi. Nanti dah masuk U, lain pulak jadinya bila lecturer yg ajar. miss you all cikgu :(

Hope 1st syawal takdelah saya nangis2 lagi.nak happy je kalau boleh. Salam ramadhan & Selamat Hari Raya utk raya yg tak berapa lama lagi ni je.
Tak lupa, Selamat Hari Kebangsaan.

Till end. I love you all so much~ Salam~

Saturday, January 8, 2011

Tampilkan Ketrampilan

Assalamualaikum, minggu nie aku ada dengar motivasi pagi dekat TV3. Memang pelik lah pulak kan aku bangun pagi2. Serius aku susah utk bangun pagi walaupun time aku sekolah. Tapi nie masa tak sekolah, duduk menganggur dekat rumah tiba-tiba jadi rajin bangun pagi. Alhamdulillah, bagus sebenarnya macam tu. Nenek aku selalu cakap , "Kalau bangun pagi-pagi luaslah pintu rezeki kita. Jangan tidur sampai tengahari maka buat apa-apa pun tak jalan. " So, i keep it in my mind. Kenalah berubah, dah 2011 dah pun nie. Umur semakin lama semakin meningkat. Kalau tak berubah, kita akan duduk di takuk lama je.

OK. Atas nie hanya mukadimah sahaja. Berbalik kepada motivasi pagi yg aku tgk hari tu menceritakan tentang tajuk "Tampilkan Ketra
mpilan" . Dah aku tgk tu, aku rasa patutlah aku berkongsi dgn org lain tentang topik nie. Ketrampilan diri haruslah ditampilkan dengan imej yang bersesuaian dengan diri setiap individu bagi meningkatkan motivasi diri.


[ By - kensegall ]

Dekat sini, aku ade nak kongsikan sikit antara perbezaan org yg berlagak dan org yg cuba trampilkan diri. Dulu. mind set aku selalu nampak org yg berani bercakap depan ramai audience, selalu expose diri dia dekat public, selalu muka dia je tiap2 hari dekat atas stage, dan selalu je dia bagi hujah dan membuat pertanyaan. Minda aku akan memandang "Oh, ok. Org yg macam ni saje je nk expose diri sebab nak berlagak, perasan bagus, & tunjuk pandai." Masa tu aku taktau la yg aku ni sebenarnya jealous atau aku mmg suka berprasangka buruk dekat org.

Act, org2 yg ada perwatakan yg suke tonjolkan
diri ke arah kebaikan diri sendiri ni ialah seorg yg sangat bagus utk menampilkan ketrampilan diri dia sebagai seorg yg berkeyakinan tinggi. Kita kena pandai judge org, sebenarnya kita tak boleh nk judge org sesuka hati. Kalau org tu berlagak sekali pun, itu sudah menjadi sifat dia dan kita sendiri yang harus hindarkan diri kita dari melakukan perbuatan begitu. Berlagak dalam erti kata lain show off utk membuatkan seseorg yg lain berasa diri seseorg itu megah. Jadi, kalau nak cakap seseorg itu berlagak, kita kenalah tau perbezaan nie. Janganlah sampai berprasangka buruk dekat org lain.

Orang yang selalu memandang kelemahan dan kekurangan sukar utk menampilkan ketrampilan diri mereka. Org seperti ini hanya suka duduk dibelakang berselindung di sebalik rakan2. Kelemahan dan kekurangan seseorg ini menjadi tembok penghalang bagi mereka menampilkan ketrampilan mereka. Mane tak nya, selalu shj merendah
diri, belum buat apa2 sudah menyerah kalah. Macam cikgu aku selalu kata " belum berperang lagi dah mati " . Tak salah utk memandang kelemahan, tapi mesti ada hadnya. Kelemahan yg kita ada, perlulah kita perbaiki utk menjdai lebih baik dan kekuatan yg ada pada kita haruslah kita tonjolkan utk menampilkan ketrampilan diri. Perkara macam nie, selalu berlaku dekat pelajar terutamanya. Setiap org mempunyai kekuatan tersendiri, cuma pembawaan kita sahaja yg menetukan kita ini berkeyakinan atau tidak.

Pemakaian seseorg juga dilihat. Manusia meman
g suka menilai org. Perkara pertama yg semua org nampak ialah dari segi bagaimana seseorg itu menampilkan diri dgn imej yg dibawa oleh mereka. Memag org selalu cakap " Dont judge book by its cover ". Pernyataan ini memang tak dapatlah nak dinafikan, tetapi sbg seseorg manusia, kita mestilah nak melihat perkara yg cantik, yg indah, sedap mata utk memandang. Jadi, jika penampilan yg kita bawa sudah memberikan persepsi negatif kepada seseorg, maka agak sukar diri kita utk diterima oleh semua org. Sebaliknya, jika penampilan yg kita bawa menampakkan kita berkeyakinan tinggi, maka kita tidak takut utk menonjolkan diri.

Bagi menampilkan imej yang elok, seseorg itu tidak s
emestinya memerlukan pakaian yg mahal2. Jika kita pandai menyesuaikan imej dgn diri kita dan tempat mana yg kita pergi itu sudah memadai. Tidak perlu berbelanja banyak utk menampilkan imej yg baik.


gaya muslimah juga boleh menampilkan imej yg menarik :)
[ By - sweethijab ]

Sifat peramah, pandai berbicara dan bersederhana dgn imej membuatkan ramai org akan tertarik dgn aura atau gelombang dalaman diri seseorg itu. Senang cerita, seseorg yg boleh menyesuaikan diri dimana sahaja dia berada, mampu menampilkan ketrampilan diri bagi meningkatkan motivasi dalaman. Sifat yg sangat pemalu akan menjadi obstacle utk kita tampilkan ketrampilan diri kita.

Itu sahaja lah utk entri kali nie. Aku dah rasa macam perunding imej pun ada jugak nie. Sorry ayat aku agak skema diatas nie. Aku kalau nak bagi hujah2 macam ni, aku memang akan tiba2 jadi seseorg yg agak skema atau berwibawa la konon. Haha~ Ini hanya serba sedikit apa yg aku igt dari apa yg aku tgk dekat motivasi pagi tu. Jadi, aku sarankan korang pun tgk lah motivasi pagi juga yea. Tak salah aku Isnin-Khamis, 6.30 pg , di TV3. Kalau takde semangat nak mulakan hari, haruslah korang tgk motivasi pagi tu yea. Ok. Take care ya korang :)

Bye.

Friday, January 7, 2011

Life is simple, it's just not easy.

Assalamualaikum,

Hai3. Long time not write in this lovely blog. I just have a some problem that I'm still cant solve it until now. I was decided to let it fly away from my mind. Life's not always fair. Sometimes you at the top and sometimes you at the bottom. Life is simple but its just not easy. I decided to write entry about life today.

Patience is one action to let you survive in this challenges life. One moment of patience can change your whole life to become more peaceful life. If you be an anger person you are also be a danger person. So, if you decide to be anger you are seems like you lose sixty seconds of happiness. Make it easy, life is to short when you be an anger person more than patience. Happiness is an important thing in our life. Dont let it go from your life.

Smile is also the way you can get a simple life. Smile like nothing to worry. Please do smile more than yesterday and the most smilest one when you look at the mirror. Do not spoilt your day just because of human behave.

Positive thinking is the best way to survive our life. Set your mind all about positive think. Dont spoilt your mind with a negative thinking. It seems like you destroy your own life by yourself.

I think thats all about this entry. Salam. Have an enjoyable life ~

Wednesday, January 5, 2011

Silent or Talkative is much better ?


OR...

Assalamualaikum and very de blind morningg ! :) tettt !~

How are you boys and girls ? I hope u all have an enjoyable life.

Oke. before I go to the 'merapu2' topic. We go straight to the title of dis entry lahh.

Silent or being talkative. Which is much better ?

For me,
talkative is the best thing than being silent without satisfaction.

But my friend said
silent is the best thing than being talkative without anything.

Another opinion ,
it will depend to the situation. how u wanna to solve it,by faced it or leave it :)

For conclusion, I think we must know when we c
an be silent and when we must to be talkative person.

So, what your opinion guyss ? I think all p
eople have a differents perspective.

....

?

Sunday, January 2, 2011

Kemasukan IPTA sesi 2011/2012 pada Bulan September

Assalamualaikum , hai kawan3 :D

Aku just nak bgtahu ape yang aku tahu. Ini pun disebabkan member aku membebel kat FB dia. Dia agak tak puas hati sebab kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 nie bermula pada bulan September bukan bulan Julai macam selalunya. Dia kata apa je yg nak dibuatkan cuti lama gila niee ?? Aku jawab kerja laa. Itu je kot boleh buat dari buang masa mcm aku ni haa. Ok. Aku tak nak buang masa dah. Esok aku carik kerja orait. Doakan
saya dapat kerja ye ? Mood : Semangat nak carik kerja ! :)


..bulan September


Korang mesti pelik kan ? Kenapalah nak tukar2 tarikh intak
e pelajar nie ? Semuanya terjawab dekat BeritaHarian 01/01/11 .

Fokus utama sistem kalendar akademik nie dah bertukar adalah disebabkan nak tingkatkan bidang pendidikan tinggi di negara nie. Bila jadual intake pelajar dah bertukar, so senanglah nanti pelajar asing nak daftar masuk kt IPT sini. Lagipun dulu, dorang dapati yg pelajar asing sukar nak daftar IPT dekat negara kita sebab kalendar akademik negara kita mula lebih awal.

Jadi, pelajar2 lepasan SPM & STPM terutamanya jangan lah bazirkan masa korang macam tu je. Ada masa lagi 9bln berbaki mase korang nak carik duit. Secara tak langsung, korang dah sedia duit lebih awal before nak masuk IPT nanti. Mana tahu mula2 tu banyak barang nak kena beli. Kalau boleh tak pyh lah susahkan parents kan ? betul tak ? jadi, marilah kita berbuat perkara yg berfaedah.

Aku sebenarnya tgh pening nak pilih course apa utk sambung IPT nie. Jadi, baik aku pikir macam mana nk carik kerja esok. Hehe~

Last but not least, Selamat Bersekolah kepada adik2 ku :) (Aku dah tak sekolah dah. Yepee~)

Saturday, January 1, 2011

Lesson 2 : Learn Japanese

Lesson 2 : Expressions [Part 2]

Where ?

doko

Where is it ? / Dimanakah ?
Doko desuka ?

Where is the toilet ? / Di mana tandas ?
Toire wa doko desuka ?

Where is your house ? / Di mana rumah kamu ?
Uchi wa doko desuka ?

Where is your office ? / Di mana pejabat kamu ?
Kaisha wa doko desuka ?

doko = where

What time ?

nanji

What time is it ? / Pukul berapa ?
Nanji desuka ?

What time is it now ? / Sekarang pukul berapa ?
Ima nanji desuka ?

What time do Japanese banks open ? / Pukul berapa bank Jepun buka?
Nihon no ginkoo wa nanji kara desuka ?

what time = nanji

See you, bye / Ja mata
:D

Thursday, December 30, 2010

Giveaway ShawlsAYUCINTA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia :)




Entri kali nie khas utk Giveaway Shalwlsayucinta CONTEST .

Konnichiwa semua ! Siapa suke pakai shawls ? Haa, kalau suka, minat, fanatik , and nak berfashion dgn pemakaian shawls. U all boleh je tgk shawls2 yg cantik2 belaka dkt blog Shawlsayucinta .
Aku rasa konfem korang akan rasa rambang mata tak tau nak pilih mane satu. Al maklum lah semuanya cantik2. Act, aku baru je tau pasal kehadiran Shawlsayucinta nie. Oke, aku dah lepak-ing dkt blog itu dgn melihat2 semua yg ade. Memang cantik menarik shawls2 nye.

Seperti trademark Shawlsayucinta iaitu Murah.Menarik.Menawan.
Murah ? Yupp. verry de murah la. harga shawls sgt berpatutan dgn kecantikan shawls tsebut.
Menarik ? Yess. Korang akan rase cantik menarik kau mmg menawan kalau pakai shawls tu. (Sebab aku tgk akak tu pakai manis je tgk. hee~)
Menawan ? Semestinyalah, kalau korang dah ber-shawls . Of course menawan, lagi2 dgn Shawlsayucinta.

Korang bukan shj boleh beli shawls je. Inner & Scarf juga ade ye. jadi, mmg lengkapla. Kalau tak tau nak gayakan. Jgn risau, tutorial juga disediakan. Hee :)

Oke. Saya sudah menjadi follower ShawlsAYUCINTA dan AYUCINTAKAMU .
Saya sudah like fanpage ShawlsAYUCINTA di FB.

Sekarang, saya mahu tag ini gadis2 comel : Nieya, Cik Ayuni , Bella .

Jadi, saya dah boleh masuk ini contest :)

Tuesday, December 28, 2010

Dreams Come True

Assalamualaikum & Konnichiwa,

Hai u alls ! Rukhi tabah disini, haha. Aku nie macam dah takde semangat je skrg. Sampai nak tulis2 kat blog pun dah tak tau. Aku hanya berharap je skrg ni, berharap benda yg tak pasti. I wish dreams will come true. Harapan tu perlu ada, kalau tak berharap. Macam mana nak dapat.
Thanks to all friends yg dah banyak tolong aku. Tak lupa kepada adik2 aku yg tak sanggup tgk aku termenung 24 jam. Sayang jugak adik2 aku kat aku ye ? (Mesti dorang buwekkk. kalau bace ni)

Disebabkan semangat aku makin luntur. Ape aku buat ye ? Em, pakai pewarna bagi ade colour dkt smgt ni ? Ohh, tidak3. Sebenarnya, aku dgr lagu Jepun ni, by Hey ! Say ! JUMP. Favourite Jband aku. Haha~ I LOVE U lah TAKAKI YUYA . Eh, terlebih pulak aku. Lagu HSJ ini bertajuk dreams come true. Maksudnya sangat bagi effect dekat aku. Memberi aku kekuatan. Korang pun layan je la yea.

HSJ - DREAMS COME TRUE with Lyric Translation




Let's dream wonderful things
Let's dream will forever
Let's dream be like dreams
Let us dream
(We can dream We can dream)

"Where are you going?"
To the distant future, you tell me
Because you are with me, I will always
be strong (forever)

Let's dream wonderful things
Let's dream will forever
Let's dream be likes dreams
Let us dream
(We can dream)

No matter what comes tomorrow
the passion you described won't change
Your smile will always
give me courage (always)

In the dreams we see
lies a hidden happiness
Hold the joy and smiles
and go towards the future

(Woah~ Yeah~ Oh-oh~)

Reach out your hands
because I will definitely be here
There is nothing to be afraid of
No one is alone

Let's dream
(reach for the sky)
Let's dream
(reach for your dream)
Let's dream
(Let's take it to the sky)
Let us dream
(We can do it, We can do it, We can dream)

Let's dream, wonderful things
(reach for the sky)
Let's dream, will forever
(reach for your dream)
Let's dream, be like dreams
(Let's take it to the sky)
Let us dream
(We can do it, We can do it. We can dream)

Let's dream, wonderful things (Woah~)
(reach for the sky)
Let's dream, will forever
(reach for your dream)
Let's dream, be like dreams
(Let's take it to the sky)
Let us dream
(We can do it, We can do it. We can dream)

We can dream (Woah~Oh~)

Open your heart


Source : jpopasia (edited by me)
translation lirik yg aku dpt salah, so, aku touch up sikit-sikit je. :)

Lagu ni bagi aku inspirasi betul lah. Yuya, kau mesti suka kan kalau kau faham apa yang aku cakap ni. Haha~

Enjoy ya ! Ja mata.

Sunday, December 26, 2010

Inilah Kehidupan

Assalamualaikum boys & girls,

Aku takde mood la hari ini. Kenapa ? Sebab something happen to me. Apelah nak jadi dgn aku ni.
Aku harap aku boleh lalui hidup aku dgn lebih baik. Cabaran & dugaan tu mendewasakan diri aku. Kalau aku tak pernah tempuh semua ini, aku mesti tak dapat nak teruskan hidup dgn lebih baik kan ? So, macam selalu orang kata. Bersabarlah, kerana org yg bersabar tu dpt byk kebaikannya. Mungkin tidak di dunia, tapi di akhirat. Kita tak tahu semua tu. Kita hanya merancang Allah yg menentukan. Kawan aku pernah berpesan, jgn salahkan takdir atau nasib. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku hanya mampu melemparkan senyuman palsu & berbuat macam takde apa2 yg berlaku. Ramai org kata aku lemah. Oke. Aku tak kisah semua tu, bagi aku, aku dah buat yg terbaik. Setiap org tak perfect, mesti ade kelebihan & kekurangan tersendiri. Aku ? Mungkin aku seorang yg sgt suka beralah. Maksud aku, lebih pentingkan orang dari diri sendri. "Thats why aku selalu kena pijak." Itulah kata kawan aku. Tapi aku, aku Rukhi/Kiki/Kila dan apa2 shj nama samaran aku, inilah aku. Aku tetap dgn pendirian aku. Mungkin aku boleh mengubahnya, tapi banyak yg aku perlu pertimbangkan.

Perangai aku, aku suka utamakan orang dari diri aku. Jadi, aku hari ini berfikir seluas-luasnya yang aku pun kena jaga diri sendiri jugak. Dah takde sape nak jage dah. Kau dah cukup remajalah wahai penulis. Jgn bergantung kpd org lain & jgn cuba2 berharap.

*aku tgh dgr orang sorak2 tgk bola. wey, dah goal ke ? (lari topik sudah)

Oklah. mungkin malam sikit aku ade mood kot nak menulis. (menaip act)

Bye kawan2. Sayangilah diri anda ye. Saya sayang semua readers saya :)

Saturday, December 25, 2010

Susah Juga Pegang Title 'Kakak' ya ?

Assalamualaikum,

Hye u all ! :) Sebelum aku menaip dgn lebih mengarut. Aku nak tanya, siapa pegang title 'kakak' wahai readers ? Sila angkat tangan. Haha. Tak perlulah nak angkat tgn kot sebab aku pun tak nampak korang semua. Jadi, sila katakan "Ya, saya seorang kakak" . Banggalah sikitkan. Tunjuk kepada dunia. Haha. Sebenarnya title seorang kakak ni berat seb
enarnya. Aku bukan nak cakap hanya 'kakak' aje ye. Sebenarnya tanggungjawab manusia di muka bumi ni mmg sgt besar. Aku hanya menekankan title 'kakak' sebab aku mewakili semua kakak-kakak diluar sana. (Eceh, mcm baguslah pulak aku kan ?)

OK. Meh sini aku ceritakan pengalaman aku sbg kakak yg sgt lah terhebat. (Hebat ke?)
Alhamdulillah, aku mempunyai dua org adik. Tapi, korang jgn buat-buat taktau walaupun dua orang, aku dah rasa macam ada dua puluh orang je ta
u. Yela, lagi-lagi adik aku ni satu boy, satu girl. Nasiblah diaorg dah besar skrg. Takdelah aku kena marah diaorg bertengkar tiap-tiap hari.

Pada mulanya, mmg aku rase. Wah ! Bagusnya, adik aku semua dah besar-besar. Jadi, nanti aku bolehlah duduk bermaharajalela. (Sebenarnya aku nie pemalas oke, jujur nok) Tetapi tidak sama sekali. lagi adik aku dah meningkat remaja ni. Diaorg punyelah cerewet tahap gaban. Semua benda tak kena. Barang2 sendri pun tak reti jaga. ( sorry, aku pun same jugak). Yang paling tak best kan. Aku selalu kena mengalah dgn diaorg . Kenapa ha ? Aku nak jugak rasa bagus sikit.

Ehm, yang paling penting aku mempunyai tangguja
wab yg amat berat utk settle kan masalah keluarga. kadang2 aku rase aku ni anak sulung. Tapi tidak. Aku ada dua org abg lagi ok. Biasalah, cara perempuan berfikir dgn lelaki berfikir tak sama. Aku duduk dekat rumah selalu, aku tahulah apa yg berlaku kan. Itu pasal lah aku ni selalu tension je. Sebab aku ni byk berfikir. Sepatutnya, aku kenalah relax sikit kan. Biasalah. Nama pun 'kakak' dah macam sama dgn tanggujawab ibu2 dah.

Haa, lagi satu. Aku bukan nak membebel sgt lah kan. Aku tau aku pn malas sbnrnya. Kemas rumah pun tak selalu. Tapi wahai adik & abang tolonglah kemas sama. Tak boleh ke ha ?

Tapi takpe, aku cool lagi. Aku bukan marah ye ? Just ak
u luahkan aje ape aku rase.
Nasib baiklah nakal2 adik beradik aku ni. Diaorg ada jugak sifat baik tu.

Kepada abang, abg memang garang gila tapi kadang2 paham
jugak situasi akak.
Kepada angah, kau bukan apa angah, cerewet kau je aku tak
sanggup dengar, tapi aku appreciate bila kau ambil berat pasal aku.
Kepada abg chik, walaupun kau selalu bajet hebat dgn aku, kau jugak la yg jadi teman aku kalau aku bosan.
Kepada adik, aku tak suka kau punye kepala angin, jadilah rajin sikit walaupun tak macam aku, tapi kau selalu buat lawak bodoh & baik dgn aku tiba2.

Memang susah pegang title 'kakak' ni. Tapi semua tu akan senang kalau korang just fikir positif je. Well, aku harap aku dah buat yg terbaik utk adik b
eradik & family aku. Semoga family aku dapat hidup bahagia sampai bila2. Disini aku nak cakap, aku respek lah dekat kakak2 yg dah buat family diaorg bahagia.

Untuk abg aku : Semoga cepat sihat, aku tggu kau balik ruma
h. :) (even kdg2 menyampah)


dari kiri : aku , abg chik, adik, abang ~


disebabkan angah aku takde kat pic atas, haa. ni die.

End.