Pages

Friday, December 30, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum salam pembuka bicara kepada hadirin dan hadirat sekalian, munculnya saya di blog saya ini adalah untuk memenuhi ruang entri ini sahaja. Tiada alasan dan munasabab yang lain. Oleh itu, marilah anda semua memperlihatkan pantun daripada saya. Pantun ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang sedang bertungkus lumus ber'study week' :) terutama kepada Cik Husna .


Anak Pak Mat pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli ikan,
Kalau nak belajar jangan tertekan,
Takut nanti jiwa tertekan.


Budak-budak main galah,
Galah terjatuh di atas papan,
Jangan sekali mudah mengalah,
Ingat kejayaan menanti di hadapan.


Pergi ke rumah di Taman Jaya,
Rumah siapa, rumah si Hajar,
Bukan senang nak berjaya,
Hargailah masa untuk belajar.


Carry mark sudah diberi,
Di beri oleh para pensyarah,
Yang kurang memuaskan jangan menyendiri,
Peluang anda masih lagi cerah.


Pantun saya bukanlah bagus sangat,
Hanya sekadar memberi semangat,
Semoga exam anda menjadi hangat,
Doa dan usaha haruslah sepakat.


Sebelum Kila mengarut lagi,
Baik Kila mengundur diri,
Selamat Berjaya sekali lagi,
Dari rakan mu yang rajin sekali.


Sekian, terima kasih :)




Khas buat anda semua :)
Gambatte kudasai !
<3 from Kila Rosli 

Salam, ja mata kimasu 

Monday, December 5, 2011

END OF YEAR !

Assalamualaikum,

December sudah tiba ! Tahap stress bagi mahasiswa & mahasiswi semakin menjadi2 nampaknya. Begitu juga saya. Sudah lama saya mendiamkan diri utk tidak menulis apa2 dlm blog kesayangan ni. Harini terdetik hati nak menulis. Dah nak final ni exam ni macam2 halangan saya dapat. Saya terima dgn sebaiknya, tapi sbg manusia biasa saya terasa bebannya. Saya harap dugaan dan cabaran yg saya terima ni bukan utk melemahkan saya. Tapi lagi menaikkan semangat saya utk terus belajar.

About Family ! Honestly, i really2 love and miss my family so much. Cuti tak panjang, 2 3 hari je dah kena masuk kampus balik. So, saya tak dapat nak balik. Semalam wan masuk wad, sepatutnya lusa baru operation tapi baru je tadi dpt call dr abg, wan cakap esok 7pg dah kena operation. Hati saya rasa berdebar je, nak buat kerja pun tak senang. Saya hanya mampu doakan operation wan saya berjalan dgn lancar & wan cepat2 sembuh. Kawan2 please doakan utk nenek saya jugak ya. Kesian adik, kene bdikari dekat rumah. Takpe, benda tu mendewasakan kau dik ! Jangan merungut yaa. Saya harap adik beradik sy yg lain dapat jaga wan elok2. Saya tak dpt balik, byk kerja kena buat. hmm, saya sangat sayang family saya, kalau saya terpaksa berlapar utk family sy pun sy snggup. So, abang, angah, abgcik & adik, akak harap korang boleh korbankan diri demi family ya. Jangan lupa family dan igtlah wan yg jaga kita lepas arwah mak dah pergi tinggalkan kita.

About Friends ! Tak banyak benda nak cakap, cuma ini shj : Berkawan boleh, tapi tak payah lah kita baik sgt. Last2 kita yg kena pijak balik. Itulah yg sy rasa skrg. So, pandai2lah memilih kawan. Jangan terlalu baik smpai dipergunakan. Macam adik saya cakap "Biarje la kak kalau dia tak nak kawan kau pun" .  OK ! FULLSTOP.

About Campus ! Argghhh ! Campus Life. dulu masa sekolah cikgu selalu cakap, " belajar pandai2 nanti dapat masuk Universiti. Univesiti tu belajar senang je byk relax " Haa. skrg ambik kau. Takde nya benda dalam hidup ni yg senang. Igt masuk U belajar je, pastu exam. HABIS ! mcm2 aktiviti kena buat, dgn KESATRIA nya, KARNIVAL BAHASA, DINNER, ASSIGMENT itu ASSIGNMENT ini. Sampai takda mase utk diri sendri. TEST tak payah cakap lah sikit punya susah nya. Hmm, schedule sgt pack dgn mcm2 agenda. Fuhhh ! Harap2lah SEM ni saya dapat buat betul2.

Conclusion nya, december adalah bulan yg paling pening bagi saya. Byk benda yg berlaku dan akan berlaku. Sebelum sy tiba2 jadi migrain, baik saya stop smpai sini sahaja. Salam, ja mata kimasu.