Pages

Thursday, August 25, 2011

Alhamdulilah ~ :)

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke 25 :) .

Syukur Ya Allah. Sebelum ni aku asyik fikir je macam mana nak solve masalah aku yg aku rasa agak sukar aku nak solve iaitu preparation utk masuk Universiti yg tak lama lagi ni je.

Alhamdulilah, Tuhan permudahkan jalan aku utk melangkah kaki ke U. Ramai jugak org yg tlg aku, baik dr segi tenaga dan dalam kewangan. Aku appreciate sgt. Selama ni aku duk fikir je ape la aku nak buat. Lagi2 bila aku ni damn sgt ter 'klik' tidak time isi borang upu dlm ruangan terima WPP dari PTPTN. Sangat tak patut. Takpela, maybe yg tu aku tak dapat. Tapi ramai lagi org yang support aku. Lots of thanks dekat siapa2 yg dah menolong.

Tadi dapat msg dari Yayasan Amal Wangsa, mereka suruh aku dtg harini utk ambil sumbangan. Alhamdulilah. Surat permohonan utk persediaan U aku di approve kan. Syukur banyak2. :)
*Speechless . Act, tgh tgu lagi satu bantuan persediaan U. Harap2 dapat.

Hmm, aku rasa macam tak berapa sihat. Leher aku sakitlah. Tak boleh nak toleh kanan ohh. Nenek da urutkan, harap sat2 g elok lahh. Rasa mcm nak demam pun ada. Tak boleh tidur jadinya. Now, aku nk p bersahur sat.

Till ends. Love korang semua. *tgh layan lagu raya ni. heee~
Salam~

Wednesday, August 24, 2011

i miss you ~

Assalamualaikum,

Salam ramadhan. Pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke 24. tggl tak kurang seminggu je lagi dah nak raya. Tak lama lagi dah nk jd student balik *sigh. Tak ready lagi la, da lame tak pegang pen & buku. Boleh ke nak belajar ni ? Hm, insyaAllah boleh kot.

Hmm, i miss you mom. Dah lame tak panggil panggilan 'mak' . Since darjah 6 memang dah tak dpt lah nk pgil mcm tu dah. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan beriman. Raya dah nak dekat. Dengar takbir je, takde ape yg dapat buat selain menitiskan air mata. Itu jelah yang setiap kali raya yg akak buat. Akak igt pesan mak sebelum mak dah takde kat dunia ni, mak nak akak belajar rajin2 kan ? Sampai masuk Universiti. Yaa. akak dah dapat pun mak. Akak harap dapat bawak segulung ijazah pulak nanti. InsyaAllah. This for you mak. :( miss you so much mak. Al-Fatihah utk mak.

Abah ! Sound like marah kan ? (sb ade tanda seru kat situ kot) tapi tak pun. Jauh dlm hati akak maafkan abah. Even cakap je akak marah sgt kat abah. Harap abah berubah. Hope u n your family have a good life for this raya. Speechless kalau nak ckp pasal abah. But i miss you abah :(

Cikgu, i miss you all. Thanks for be my teacher. Tanpa cikgu, siapa lah saya ni. Sbelum raya kami nak datang jumpa cikgu. Mesti best lahhh. Rindu nak belajar dgn cikgu2 semua lagi. Nanti dah masuk U, lain pulak jadinya bila lecturer yg ajar. miss you all cikgu :(

Hope 1st syawal takdelah saya nangis2 lagi.nak happy je kalau boleh. Salam ramadhan & Selamat Hari Raya utk raya yg tak berapa lama lagi ni je.
Tak lupa, Selamat Hari Kebangsaan.

Till end. I love you all so much~ Salam~