Pages

Wednesday, July 21, 2010

SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH 2 STPM KL 2010

SEJARAH MALAYSIA
1. Bincangkan undang-undang bertulis yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan British. [25]

Pendahuluan
- Undang2 merujuk kpd peraturan yg dipersetujui secara umum dalam masyarakat
- Masyarakat melayu menggunakan undang2 bertulis sblm kdtgn British iaitu Undang2 Pahang, Undang2 Kedah, Undang2 99 Perak, Undang2 Johor & Undang2 Islam.
- Tujuan : menjaga keselamatan negara, menjamin kedudukan pemerintah, menentukan tanggungjawab masyarakat, memastikan rakyat hidup dlm keadaan aman dan teratur serta membentuk pemerintah yg adil dan saksama.

Isi2 Penting
Undang2 Pahang
- Disusun pd 1596 utk Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghaffur Muhaidin Syah.
- Memperlihat pengaruh Hukum Kanun Melaka krn pernah menjadi jajahan Melaka.
-Mempunyai pengaruh Islam
-3 bhgn utama :
1. Undang2 bkaitan dgn adat lembaga negeri
-Larangan diraja spt pakaian kuning tidak dibenarkan kpd org kbykn
-Bendahari menjaga perbendaharaan raja dan mencatat segala hamba.
- Temenggung menjaga keamanan negeri, mengawal bandar dan parit serta penjara.
- Kerahan tugas - hulubalang besar & kecil terlibat
- Hulubalang melindungi raja
- Syahbandar menguruskan pdagangan
2. Undang2 jenayah - hukuman keras
- Penderhaka dihukum berat
- Berzina : Bujang - 100 kali rotan, berkahwin - rejam sampai mati
3. Undang2 awam - tanah perumahan
- tanah tidak bertuan - sesiapa boleh menggunakannya

Undang2 Kedah
- menyentuh perkara : pelabuhan, ukuran, sukatan dan percukaian.
- 4 bhgn utama :
1. Undang2 Seri Paduka Tuan
- hukum pertanian dan ternakan
- tugas2 ketua kampung
2. Undang2 pelabuhan
- menyentuh urusan perdagangan & perniagaan pelabuhan - cukai kapal asing, cukai hamba peraturan keselamatan, timbangan, ukuran dll.
3. Hukum Kanun Datuk Kota Star
- tugas & larangan bg raja dan pembesar negeri
4. Undang2 terakhir : menyentuh tentang bunga emas, alat kebesaran kerajaan dan adat meminang.

Undang2 99 Perak
-byk unsur Adat Perpatih dan Adat Temenggung
-meliputi hampir semua perkara termasuk hak pemerintah
-kandungan :
1. menyentuh tntg syarat2 memegang jawatan kerajaan spt penghulu, kadi. khatib, pegawai kerajaan serta pawang dan bidan.
2. menyentuh tntg adat istiadat mengadap raja dan memilih raja.
3. membicarakan tntg hukum jenayah serta undang2 pertanian dan ternakan
4. membicarakan tng undang2 kekeluargaan yg berkenaan dgn soal perkahwinan, perceraian, perzinaan dll.

Undang2 Johor
- berasal drpd warisan kerabat diraja Melaka juga dipengaruhi oleh adat dr Riau
-Berkaitan dgn Adat Lembaga Negeri spt tugas pemerintah dan pembesar2 serta kewajipan rakyat mentaati raja.
turut memasukkan undang2 Islam - Kanun Ahkam Shariyyah Johor.

Undang2 Islam
- dipanggil Hukum Islam / Hukum Syarak
-Berdasarkan Al-Quran & Hadith
-Mempunyai byk psamaan dgn Adat Temenggung :
* harta diwarisi oleh anak lelaki
*mengutamakan kedudukan istimewa pemerintah
Undang2 Islam merangkumi :
*mengawal penyembahan
*mengawal tingkah laku
*pergaulan masyarakat
- Mahkamah Syariah menjalankan undang2 Islam mengenai perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, wali anak yatim, harta waris dan zakat. Hakim Mahkamah Syariah ialah kadi dan mahkamh ini di bwaha penyeliaan Majlis Hal Ehwal Agama Negeri.

Kesimpulan
-Masyarakat melayu mempunyai undang2 yg trsendiri utk mengawal & mententeramkan masyarakat.
-Kedatgn British telah merombak undang2 yg sedia ada dan hanya mengekalkan undang2 Islam utk masyrakat melayu krn ianya bkaitan dgn agam masyarakat Melayu.

No comments: