Pages

Saturday, January 8, 2011

Tampilkan Ketrampilan

Assalamualaikum, minggu nie aku ada dengar motivasi pagi dekat TV3. Memang pelik lah pulak kan aku bangun pagi2. Serius aku susah utk bangun pagi walaupun time aku sekolah. Tapi nie masa tak sekolah, duduk menganggur dekat rumah tiba-tiba jadi rajin bangun pagi. Alhamdulillah, bagus sebenarnya macam tu. Nenek aku selalu cakap , "Kalau bangun pagi-pagi luaslah pintu rezeki kita. Jangan tidur sampai tengahari maka buat apa-apa pun tak jalan. " So, i keep it in my mind. Kenalah berubah, dah 2011 dah pun nie. Umur semakin lama semakin meningkat. Kalau tak berubah, kita akan duduk di takuk lama je.

OK. Atas nie hanya mukadimah sahaja. Berbalik kepada motivasi pagi yg aku tgk hari tu menceritakan tentang tajuk "Tampilkan Ketra
mpilan" . Dah aku tgk tu, aku rasa patutlah aku berkongsi dgn org lain tentang topik nie. Ketrampilan diri haruslah ditampilkan dengan imej yang bersesuaian dengan diri setiap individu bagi meningkatkan motivasi diri.


[ By - kensegall ]

Dekat sini, aku ade nak kongsikan sikit antara perbezaan org yg berlagak dan org yg cuba trampilkan diri. Dulu. mind set aku selalu nampak org yg berani bercakap depan ramai audience, selalu expose diri dia dekat public, selalu muka dia je tiap2 hari dekat atas stage, dan selalu je dia bagi hujah dan membuat pertanyaan. Minda aku akan memandang "Oh, ok. Org yg macam ni saje je nk expose diri sebab nak berlagak, perasan bagus, & tunjuk pandai." Masa tu aku taktau la yg aku ni sebenarnya jealous atau aku mmg suka berprasangka buruk dekat org.

Act, org2 yg ada perwatakan yg suke tonjolkan
diri ke arah kebaikan diri sendiri ni ialah seorg yg sangat bagus utk menampilkan ketrampilan diri dia sebagai seorg yg berkeyakinan tinggi. Kita kena pandai judge org, sebenarnya kita tak boleh nk judge org sesuka hati. Kalau org tu berlagak sekali pun, itu sudah menjadi sifat dia dan kita sendiri yang harus hindarkan diri kita dari melakukan perbuatan begitu. Berlagak dalam erti kata lain show off utk membuatkan seseorg yg lain berasa diri seseorg itu megah. Jadi, kalau nak cakap seseorg itu berlagak, kita kenalah tau perbezaan nie. Janganlah sampai berprasangka buruk dekat org lain.

Orang yang selalu memandang kelemahan dan kekurangan sukar utk menampilkan ketrampilan diri mereka. Org seperti ini hanya suka duduk dibelakang berselindung di sebalik rakan2. Kelemahan dan kekurangan seseorg ini menjadi tembok penghalang bagi mereka menampilkan ketrampilan mereka. Mane tak nya, selalu shj merendah
diri, belum buat apa2 sudah menyerah kalah. Macam cikgu aku selalu kata " belum berperang lagi dah mati " . Tak salah utk memandang kelemahan, tapi mesti ada hadnya. Kelemahan yg kita ada, perlulah kita perbaiki utk menjdai lebih baik dan kekuatan yg ada pada kita haruslah kita tonjolkan utk menampilkan ketrampilan diri. Perkara macam nie, selalu berlaku dekat pelajar terutamanya. Setiap org mempunyai kekuatan tersendiri, cuma pembawaan kita sahaja yg menetukan kita ini berkeyakinan atau tidak.

Pemakaian seseorg juga dilihat. Manusia meman
g suka menilai org. Perkara pertama yg semua org nampak ialah dari segi bagaimana seseorg itu menampilkan diri dgn imej yg dibawa oleh mereka. Memag org selalu cakap " Dont judge book by its cover ". Pernyataan ini memang tak dapatlah nak dinafikan, tetapi sbg seseorg manusia, kita mestilah nak melihat perkara yg cantik, yg indah, sedap mata utk memandang. Jadi, jika penampilan yg kita bawa sudah memberikan persepsi negatif kepada seseorg, maka agak sukar diri kita utk diterima oleh semua org. Sebaliknya, jika penampilan yg kita bawa menampakkan kita berkeyakinan tinggi, maka kita tidak takut utk menonjolkan diri.

Bagi menampilkan imej yang elok, seseorg itu tidak s
emestinya memerlukan pakaian yg mahal2. Jika kita pandai menyesuaikan imej dgn diri kita dan tempat mana yg kita pergi itu sudah memadai. Tidak perlu berbelanja banyak utk menampilkan imej yg baik.


gaya muslimah juga boleh menampilkan imej yg menarik :)
[ By - sweethijab ]

Sifat peramah, pandai berbicara dan bersederhana dgn imej membuatkan ramai org akan tertarik dgn aura atau gelombang dalaman diri seseorg itu. Senang cerita, seseorg yg boleh menyesuaikan diri dimana sahaja dia berada, mampu menampilkan ketrampilan diri bagi meningkatkan motivasi dalaman. Sifat yg sangat pemalu akan menjadi obstacle utk kita tampilkan ketrampilan diri kita.

Itu sahaja lah utk entri kali nie. Aku dah rasa macam perunding imej pun ada jugak nie. Sorry ayat aku agak skema diatas nie. Aku kalau nak bagi hujah2 macam ni, aku memang akan tiba2 jadi seseorg yg agak skema atau berwibawa la konon. Haha~ Ini hanya serba sedikit apa yg aku igt dari apa yg aku tgk dekat motivasi pagi tu. Jadi, aku sarankan korang pun tgk lah motivasi pagi juga yea. Tak salah aku Isnin-Khamis, 6.30 pg , di TV3. Kalau takde semangat nak mulakan hari, haruslah korang tgk motivasi pagi tu yea. Ok. Take care ya korang :)

Bye.

1 comment:

Anonymous said...

ketrampilan sgt penting..
saya tak suka org rendah diri..
hurmm i mean sampai takut nak tonjolkan kelebihan diri.