Pages

Friday, December 24, 2010

Petua Rawatan Ulcer dalam Mulut

Assalamualaikum, hye readerss ! :)

Hari ini saya nak share serba sedikit rawatan utk pesakit yg mengalami ulcer dalam mulut. Rawatan yg saya nak kongsikan ini adalah daripada hasil pendapat rakan-rakan di ruangan Forum yg baru saya lawati tadi. So, adalah di ingatkan, ini hanyalah suatu cadangan & pendapat utk menyembuh sakit ulcer dlm mulut itu tetapi lebih baik pesakit mendapatkan rawatan Doktor bagi penyakit ulcer dalam mulut jika ianya berlarutan. Saya pernah terbaca kalau ulcer ini dibiarkan begitu tanpa rawatan dikhuatiri dijangkiti virus HFM iaitu virus kaki, tangan dan mulut. Saya pun tidak berapa tahu sgt. So, kawan-kawan b
olehlah search tentang virus tu dgn lebih lanjut ya ?


Hasil daripada tinjauan saya dkt CARI Forum tu, inilah sedikit petua yg saya dapat :

1. Sapukan mentega dekat bahagian ulcer tersebut.
Jangan ingat mentega ni utk korang buat masak-masak je. Mentega pun berguna tau utk sembuhkan ulcer. Saya rasa cara ini memang berkesan, nenek saya pun pernah bgtahu petua nie. Memang mujarab pun, tapi jangan ingat sapu sekali je boleh elok ok ? Kenalah selalu sapu. Kalau tak manalah nak elok.

2. Banyakkan ambil Vitamin C (Oren + 8 gelas air suam sehari )
Sebab apa kena ambil Vitamin C ? Senang je nak jawab. Sebab pesakit ulcer ni kurang Vitamin C lah jadinya ulcer tu. Kalau kurang kita mestilah kena banyakkan. Betul tak ? Lagipun Vitamin C memang baik tuk mulut.

3. Kumur dengan ubat kumur yang telah disyorkan oleh doktor.
Dari pemerhatian saya, ramai juga yg cakap guna ubat kumur tu boleh cepat sembuh. Korang cubalah ya. Ade juga pandangan yg mengatakan Oral Aid utk ulcer tu hanya penghilang penyakit sementara shj. Bila sudah hilang kebas akan sakit balik.

4. Guna ubat "Watermelon Frost ".
Saya mmg tak tahu menahu pasal ubat nie. Tapi orang kata ubat ini ubat serbuk dan boleh didapati di kedai Ubat Cina. Ubat ni mmg pedih bila diletakkan tapi yang penting ulcer korang boleh sembuh dgn segera. (Sya kena search lebih lanjut pasal ubat ni, sebab saya pun tak tahu )

5. Makan Aiskrim Vanila .
Makan Aiskrim boleh sembuh ke ? Saya pun agak terkejut seketika. Tetapi dalam pemantauan saya dekat Forum tu. Memang ramailah yang kata Aiskrim Vanila elok utk sembuhkan ulcer. Siap doktor lagi yang suruh buat mcm tu. Tetapi Aiskrim Vanila tu bukanlah aiskrim yg byk ais tu, yang jual sebatang tu haa. Tapi aiskrim vanila yg penuh dgn krim tu (Memang sedap la kan ?) Cthnya : Aiskrim Cornetto & Aiskrim Walls dlm bekas tu.

Itu sahajalah yg dapat saya kongsi bersama, credit to geng2 CARI Forum .
Kalau tak memang saya tak tahu lah semua petua2 diatas.
Readers ! Korang bolehlah cuba petua ni ya kalau sakit ulcer dlm mulut. Tapi harap2 korang tak sakitlah. Saya doakan korang semua sihat sejahtera :)

Sampai disini. Ja mata :)

No comments: